Rakyat sudah sedar kata Puad Zarkasi

“Pemb­ang­kang hanya tahu berjanji kosong, tetapi Barisan Nasional (BN) terus tunaikan janji-janji yang diberikan kepada rakyat,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkasi.

Mohd Puad berkata, pihak pembangkang juga terus terkial-kial untuk mencari janji serta idea baru yang terus mahu memenangi hati rakyat, sedangkan rakyat mulai sedar janji-janji yang diberikan mereka hanyalah janji kosong belaka.

Menurutnya, pembang­kang pernah berjanji akan menurunkan harga minyak dan gas sehingga 50 sen pada keesokan harinya jika memerintah, sedangkan perkara tersebut sememangnya mustahil boleh dilakukannya.

“Macam mana nak tunai janji yang diberikan dan memerintah negara, walhal negeri yang mereka perintah juga berada dalam keadaan kelam-kabut seperti di Kedah, Se­langor serta Pulau Pinang.

“Perkara berkenaan seme­mangnya berbeza dengan apa yang dilakukan BN dan boleh saya katakan di sini...pembangkang iaitu Pakatan Rakyat (PR) berbeza dengan BN.

“Kini, mereka terkial-kial untuk cari janji baru di samping cari kesalahan dan keburukan Umno,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pe­rasmian Persidangan Ber­ke­lompok Umno Cawangan Da­lam Bahagian Batu Pahat, dekat sini, semalam.

Hadir sama dan merasmikan majlis Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sementara itu, Shahidan berkata, beliau menyokong kata-kata Puad yang mendak­wa pembangkang hanya tahu berjanji tetapi tidak mampu untuk menunaikannya kerana ianya taktik untuk meraih sokongan semata-mata.

Katanya, tindakan yang dilakukan oleh pihak pembangkang ini hanya membawa kepada kerugian kerana merosakkan sesuatu tamadun.

“Kita andaikan tamadun ini satu bangunan...nak meruntuhkannya cukup senang, lima minit pun boleh lakukannya tetapi membinanya memakan masa yang agak lama.

“Kita harapkan, setiap penduduk negara ini akan membantu diri mereka sendiri dengan menolong me­­nyelamatkan negara yang menjadi tempat tinggal mereka ini sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.

“Kita tak boleh menjamin jika pihak yang menggantikan pemimpin sedia ada mampu melakukan apa yang dilakukan oleh mereka, lebih baik kita kekalkan apa yang ada sekarang ini,” katanya

Menurut Shahidan lagi, beliau menyarankan rakyat dapat memilih pemimpin dan parti yang mengamalkan kesederhanaan bukannya yang ekstrem seperti melakukan demonstrasi.

No comments:

Post a Comment