Syed Mokhtar sumber dana UMNO?

Sudah menjadi rahsia umum, kebanyakan syarikat kroni bukan Bumiputera enggan menghulurkan dana pilihanraya kepada Umno-APCO dan Najib Altantuya ekoran prestasinya sendiri pun tidak menggalakkan sejak menjadi perdana menteri tiga tahun lalu.

Genting Berhad, YTL Corporation dan Berjaya Corporation dilaporkan enggan memberi peruntukan seperti kebiasaannya kerana sudah dapat menghidu kekalahan yang bakal diterima rejim pemerintah sekiranya pilihanraya umum diadakan dalam masa terdekat.

Maka, jalan terakhir hanyalah meminta bantuan taikun Melayu, Syed Mohktar Albukhary yang sudah pun mencatat sejarah bilionair Melayu pertama pernah dilahirkan menerusi sistem kroni Umno-APCO sejak zaman bekas perdana menteri, Mahathir Mohamad.

Dikhabarkan, Umno-APCO dan Barisan Nasional memerlukan sekurang-kurangnya RM1.2 bilion untuk memenangi pilihanraya umum dengan mengandaikan setiap parlimen diberi rasuah sebanyak RM10 juta dan setiap DUN sebanyak RM5 juta.

Dengan jumlah 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi DUN di seluruh negara (tolak Sarawak 71 kerusi kerana sudah setahun mengadakan pilihanraya negeri), ia masih memerlukan RM1 bilion untuk memastikan Putrajaya tidak terlepas dari tangan.

Jadi dengan kebenaran kerajaan kepada Syed Mokhtar mengakses segala maklumat berkenaan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), sudah pasti Umno-APCO mendapat imbuhan yang sangat diperlukan di kala kantung pilihanrayanya agak kritikal. [Sambungan]

No comments:

Post a Comment