3.3 Juta Pengundi Hantu Untuk PRU 13

Penyelidik, Ong Kian Ming mendakwa terdapat 3.3 juta kes melibatkan pengundi meragukan dalam daftar pemilih, di mana sebahagian besarnya melibatkan kawasan mengundi berbeza daripada alamat di kad pengenalan.

Berdasarkan data yang berusia sedekad itu, Ong mendakwa terdapat sejumlah 3.1 juta pengundi yang mengundi di suatu kawasan tidak mengikut dengan alamat mengikut kad pengenalan mereka.


"Ini secara khusus memberi masalah kerana maklumat ini diberikan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada 2002," katanya dalam sidang media di ibu negara pagi ini.

Ong yang juga pengarah projek Analisis Daftar Pemilih Malaysia (Merap) berkata beliau menemui data berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau memerlukan tempoh seminggu untuk mengumpul maklumat tambahan, katanya.

1 comment:

  1. Kawasan mengundi tidak semestinya sama dengan alamat kad pengenalan. ini kerana ada orang menukar alamat tetapi tak menukar kawasan mengundi. Misalnya, orang yang bekerja di bandaraya mungkin tukar alamat pos, tapi masih balik kampung untuk mengudi.

    Yang menjadi masalah ialah apabila ada orang berdaftaer di DUN dan Parliman di tempat yang berasingan. Misalnya DUN di Behrang, Parliamn di Pasir Salak.

    ReplyDelete