Pemuda PAS sokong Himpunan Hijau 13 April

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan syabas kepada Solidariti Semalaysia Himpunan Hijau yang telah merancang satu himpunan besar-besaran di seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak bertujuan untuk membantah projek memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang, 13 April ini.

Setiausaha DPPM, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, pihaknya turut menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

“Beliau telah mengingatkan kita, isu Lynas ini sepatutnya menjadi sensitiviti rakyat Malaysia bukan hanya rakyat Pahang sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, ujarnya Dewan Pemuda PAS Malaysia dengan tegas menyokong Himpunan Hijau bakal dilaksanakan pada 13 April ini.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia menggesa para pemuda Malaysia untuk hadir beramai-ramai di peringkat negeri masing-masing pada 13 April ini.

“Kebersihan bumi kita perlu dipelihara, kesihatan kita perlu dijaga,” tegasnya.

No comments:

Post a Comment