PERKASA berhimpun sehari selepas BERSIH?

PERKASA pada Selasa memohon untuk mendapatkan permit daripada polis bagi mengadakan perhimpunan 'Raja Berdaulat, Kasih Dijunjung' pada 29 April ini, sama ada di Padang Merbok atau Dataran Merdeka.

Timbalan Presiden PERKASA Datuk Abdul Rahman Abu Bakar berkata perhimpunan itu yang akan diadakan mulai 9.30 pagi untuk meraikan pertabalan Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April lepas.

"Kita hendak meraikan bahawa Yang di-Pertuan Agong kini sudah mencapai bilangan ke-14, dan pada masa yang sama untuk mempertahankan institusi diraja," katanya kepada pemberita selepas mengemukakan permohonan permit di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di Kuala Lumpur, pada Selasa.

Katanya perhimpunan itu dijangka disertai pelbagai kaum. Beliau turut membidas sikap anggota Parlimen pembangkang yang didakwa terlibat dalam mempersendakan Raja-Raja Melayu dan pemimpin negara semasa istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, dengan berkata tindakan mereka menghina Raja-Raja Melayu di dalam istana adalah menderhaka.

1 comment:

  1. www.arrayah.info : Perbandingan Kekuasaan Khalifah dengan Kekuasaan Yang Di Pertuan Agong

    ReplyDelete