PRU-13 pada 23 JUN 2012?

Ramai yang bertanya bilakah PRU 13. Pengerusi SPR tak berani mmengatakan PRU 13 akan berlaku pada mac ini.
Bulan Mac sudah habis, maka benarlah kata pengerusi SPR ketika ditanya pihak media massa dalam satu slot TV 9 tak lama dulu.Sekarang ini kita berada didalam bulan April yang barangkali tak mungkin akan diadakan PRU 13 pada bulan ini.

Lebih lebih lagi Daim Zainuddin, bekas menteri kewangan yang pernah buat ramalan hampir tepat pada PRU 12 dulu .
Kali ini beliau sekali lagi buat ramalan yang mengejutkan perdana menteri satu Malaysia bahawa umno/BN hanya boleh menang bergaya di tiga buah negeri saja.

Negeri negeri yang dianggap selamat pada PRU 13 tak lain dan tak bukan ialah Johor, Melaka dan Pahang.

Ramalan Daim Zainuddin ini membuat ramai orang PKR gembira. Kenapa? Kerana ramalan beliau pada PRU 12 boleh dikatakan tepat.

Ramalan itu juga membuat perdana menteri berfikir banyak kali miskipun tarikh sudah ada untuk mengadakan PRU 13 pada JUN ini.

Saya yakin dan percaya PRU 13 akan diadakan pada Sabtu 23 JUN 2012. Mengapa tidak? Kerana pembelian undi sudah pun dibuat dan kemasukan pengundi asing yang bekerja di Malaysia sudah pun selesai.

Sebagai contoh, beberapa orang orang Indonesia yang tinggal dan bekerja di Terengganu sudah diberi KAD pengenalan berbentuk MYKAD yang dikatakan palsu dan akan dikembalikan semula selepas selesai PRU 13 nanti.

Ada yang berkata pertambahan pengundi negeri negeri seluruh Negara naik sebanyak 15 peratus. Perkara ini pernah berlaku pada PRU 12 (2004) punca kerajaan PAS Terengganu tumbang dan kerajaan PAS Kelantan hampir hampir jatuh.

Di Negeri Selangor dikatakan tertambahan penundi bertambah sebanyak 30 peratus disamping peruntukan RM 4 bilion untuk tumbangkan kerajaan PKR itu.

Di Negeri Kelantan diadakan gelombang MERAH disamping mengadakan wang ihsan sepertimana yang pernah diadakan di Terengganu pada pRU 12 dulu.

Sehubungan dengan itu selain bantuan isi rumah sebanyak RM 500 setiap kepala diadakan bantuan populasi miskin oleh KEMAS sebanyak RM 3,000 setiap Kepala yang diadakan dan sudah mula diagih agihkan secara strategik.

Namun begitu, adalah sangat wajar PRU 13 akan diadakan pada 23 JUN 2012 ini sebagai jalan mudah dan umno/BN boleh menang bergaya sepertimana pernah didakwa oleh kebanyakan orang umno sepanjang tinjauan yang penulis buat.

1 comment:

  1. 3 buah negeri je, tapi Negeri PERAk, diaorang kata BN, dah kuat balik, lebih RM 200 juta telah dilaburkan dari tahun lepas sampai sekarang 9 april 2012.
    Sekarang ni pun, boleh dikatakan, setiap hari ada ceramah BN untuk mempertahankan negeri Perak.

    ReplyDelete